in

Yuran Perpindahan Rekod Kelab , Coutinho Sarung Jersi Keramat Catalan




  • Saat Barca mengetuk pintu perpindahan musim panas lalu, Philippe Coutinho sudah bersedia untuk ‘angkat kaki’. Peluang untuk menjadi sebahagian daripada kelab gergasi eropah itu tidak datang setiap hari. Kemungkinan beraksi di atas padang bersama dua sahabat baiknya, Luis Suarez dan Neymar Jr(yang kemudiannya berpindah ke PSG dengan rekod perpindahan dunia) serta pemain terbaik dunia 5 kali, Lionel Messi nyata menjadi daya penarik buat pemain kelahiran Brazil ini.

    6 bulan kemudian, Coutinho melengkapkan perpindahan impian dengan yuran rekod kelab ke Barcelona. Dengan nilai perpindahan £145 juta, Coutinho kini pemain kedua termahal di dunia selepas rakan senegaranya, Neymar. Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diumukan secara rasmi di Nou Camp isnin ini. 

    Pemain tengah menyerang berusia 25 tahun itu dilihat membuat penampilan rasmi kepada media pertama selepas Barcelona menewaskan Levante 3-0. Dalam video yang dipos di laman Twitter rasmi kelab, Coutinho berjalan ke atas pentas dan melambai ke arah jurugambar sambil menunjukkan isyarat ‘double thumbs up’ . Beliau mengenakan ‘tracksuit’ rasmi kelab dan kelihatan tersenyum gembira.

    Coutinho turut menyampaikan mesej ringkas berbentuk video khas untuk peminat. ” Hai peminat Barcelona, saya sudah berada di sini,” ujar Coutinho. ” Ini merupakan mimpi yang menjadi kenyataan dan saya berharap dapat berjumpa anda semua esok,”

    FC Barcelona on Twitter

    👋 Barça fans – @Phil_Coutinho has something to say! 👋 Find out more about #CoutinhoDay: https://t.co/344oHdw9AB https://t.co/yEORWXMllE

    FC Barcelona on Twitter

    Barça fans – @Phil_Coutinho has something to say! Find out more about #CoutinhoDay: https://t.co/344oHdw9AB https://t.co/yEORWXMllE

    Bercakap kepada laman rasmi Liverpool mengenai perpindahan Coutinho, Jurgen Klopp tenang namun mengakui sedikit terkilan. “Dengan berat hati – kita sebagai sebuah pasukan dan kelab – bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat baik, seorang yang hebat dan pemain hebat, Philippe Coutinho,”. Beliau berkata, “Bukan rahsia lagi bahawa Philippe telah menginginkan perpindahan ini berlaku sejak Julai, apabila Barcelona mula-mula menunjukkan minat mereka,”.

    Mari sama-sama kita nantikan aksi gelecekan dan ‘tarian’ Coutinho dalam jersi biru merah Blaugrana. Kami di bolatribe mengharapkan yang terbaik untuk anda Phil!

    “Dengan berat hati – kita sebagai sebuah pasukan dan kelab – bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat baik, seorang yang hebat dan pemain hebat, Philippe Coutinho,”- Jurgen Klopp

    What do you think?

    12 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 50.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 50.000000%