Wonderkid Malaysia
in

Senarai ‘Wonderkid’ Bakal Menggegarkan Liga Malaysia 2018 Pilihan BolaTribe




  • Selepas musim penuh aksi dan drama sepanjang 2017, peminat bola sepak tempatan pasti ternanti-nanti sepak mula Liga Malaysia 2018. Penambahan kuota import Asean bakal menambah rencah dan kerancakan saingan liga. Sebanyak 12 pasukan akan bersaing dalam Liga Super Malaysia, 12 dalam Liga Premier.

    Apa yang menarik perhatian kami di BolaTribe ialah kemunculan para pemain muda dalam aksi Liga Malaysia. Meskipun ada antara mereka baru berusia belasan tahun, namun kematangan dan permainan menakjubkan yang ditonjolkan telah menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan. Kejayaan skuad muda negara melayakkan diri ke Kejohanan Piala Asia di bawah peringkat umur B-23 dan B-20 nyata menyemarakkan semangat peminat bola sepak tanah air.

    Pemain-pemain muda kena tampilkan usaha 200% untuk merebut kesebelasan utama pasukan masing-masing.Lihat saja pemain ternama dunia seperti Cristiano Ronaldo, usaha serta komitmen yang ditampilkan membawa beliau ke tahap hari ini. Bak kata mat salleh “Hard Work Beats Talent, If The Talent Doesn’t Work Hard” .

    #1 Akhyar Rashid (Kedah)

    Terkenal dengan aksi gelecekan dan kawalan bola yang menarik, nama Akhyar Rashid mula meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air. Adik kepada legenda Kedah, Rafdi Rashid ini berkebolehan beraksi di posisi sayap ataupun penyerang. Aksi beliau di Sukan Sea 2017 memukau peminat bola sepak asia tenggara. Berpotensi besar ni!

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #2 Hadi Fayyadh (JDT II)

    Penyerang tinggi lampai ini mencipta rekod sebagai pemain pertama yang lahir selepas tahun 2000 untuk mencetak gol dalam saingan Liga Malaysia. Berkebolehan tinggi, tenang di hadapan gol, serta mempunyai 'aerial prowess' yang cukup baik. 

    Beraksi cemerlang bersama JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad utama JDT pada awal musim 2017. Namun, dek kerana pembelian mega Mohammed Ghaddar dari Kelantan menyempitkan ruang buat anak muda ini untuk mempamerkan aksi dalam kesebelasan utama.

    Musim 2018, Hadi Fayyadh bakal kembali menggegar Liga Premier. Cerah masa depan kalau beliau terus berkembang sebagai pemain!

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #3 Syamer Kutty Abba (JDT)

    Pemain tengah tinggi lampai ini memiliki kebolehan mengawal jentera tengah pasukan dengan baik. Anak muda kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini telah membuat debut bersama skuad senior kebangsaan menentang Hong Kong pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019.

    Memperkuatkan pasukan Pulau Pinang pada musim lalu, Syamer menandatangani kontrak bersama pasukan JDT untuk musim akan datang. Meskipun dicanang-canang bakal berkelana ke Portugal hasil usahasama kelab dari selatan tanah air itu, Syamer dilihat sebagai antara pemain muda yang berpotensi besar!

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #4 Safawi Rasid (JDT)

    Boleh dikatakan sebagai pemain muda paling bernilai buat masa ini. Nama pemain sayap lincah ini mula dikenali sewaktu beraksi cemerlang bersama skuad T-Team. Kebolehan beliau menarik minat kelab Harimau Selatan yang lantas melamar beliau untuk menyertai skuad JDT. Meskipun terpaksa bersaing dengan ramai pemain berkebolehan, Safawi Rasid tetap cemerlang apabila diberi peluang. 

    Menjadi watak penting dalam kesebelasan utama skuad B-23 negara dalam menghadapi saingan kelayakan Piala Asia B-22 dan Sukan Sea. Jaringan 'volley' padu beliau membuka mata banyak pihak akan kebolehan sebenar beliau. Lincah dan matang!

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 50.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 50.000000%

    #5 Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan)

    Pemain yang lahir pada 11 May 1999 ini merupakan pemain Piala Presiden Kelantan pada musim lalu. Tuah menyebelahi anak muda ini apabila turut disenaraikan dalam senarai 23 pemain yang dibawa Datuk Ong Kim Swee ke Kejohanan Piala Asia B-23 di China. 

    Bermain di posisi tengah menyerang, Nik Akif bakal beraksi bersama skuad senior Kelantan pada musim 2018. 

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 50.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 50.000000%

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 2

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *