in

Sejarah Boxing Day: Tradisi Kelas Pekerja dan Bola Sepak Eropah




  • Sejarah Boxing Day: Tradisi Kelas Pekerja dan Bola Sepak Eropah

    Boxing Day merupakan perayaan khas Inggeris setelah hari Krismas sebagai penghargaan kepadamasyarakat kelas pekerja untuk dijadikan waktu berkumpul dengan keluarga.

    Dahulu kala, tradisi tersebut berupa hadiah dalam kotak (box) dan disambut sehari setelah Krismas. Pemberian kotak hadiah itu pun kini dikenali sebagai Boxing Day.

    Kini, Boxing Day tidak lagi hanya disambut masyarakat kelas bawah tapi sudah menjadi satu perayaan kepada semua golongan di Eropah. Bahkan Boxing Day era moden sudah tidak lagi dikenali sebagai hadiah didalam kotak, tapi perlawanan bola sepak adalah hadiahnya.

    Sejarah perlawanan pertama Boxing Day adalah Sheffield FC vs Hallam FC di Sandygate Road, 26 Disember 1860.

    Pertandingan tersebut malah menjadi tradisi yang melekat di Inggeris yang memang sudah gila bola. Setiap Boxing Day, tradisi bola sepak tetap juga diteruskan walaupun peperangan sedang berlaku.

     

    Perkara paling menarik yang pernah terjadi adalah ketika tentara Inggeris dan Jerman menghentikan perang pada tahun 1914 untuk bermain bola semasa Boxing Day.

    Menariknya, kedua-dua pihak bersepakat menghentikan peperangan sementara bagi merayakan Krismas dengan bermain bola sepak. Peristiwa unik tersebut dikenali dengan Christmas Truce of 1914.

    5 BEST Ever BOXING DAY Premier League Games

    This month’s Boxing Day sees the likes of Southampton travel to Tottenham, Chelsea take on Brighton, Manchester United host Burnley and Liverpool play Swansea City. But let’s take a look at five of the best Premier League games to ever take place on Boxing Day. LOVE FOOTBALL?

    Era sepak bola moden, Boxing Day juga menjadi hiburan bagi warga Inggeris. Sudah tentunya bagi pemain asing yang baru bermain di Liga Inggeris, harus bersedia untuk bermain sehari selepas hari Krismas.

    Liga lain di Eropah pun diberi waktu berehat kepada pemainnya merayakan Krismas. Selain itu, jadual padat dengan bermain dua kali dalam seminggu menjadi alasan banyak jurulatih membuat rayuan kepada FA untuk pertimbangkan perlawanan pada Boxing Day.

    Meskipun banyak kali rayuan sudah dibuat, namun tradisi tersebut tidak dihapuskan. Inggeris seperti ingin mengembalikan sejarah asal bola sepak bagi warganya, terutama untuk kelas pekerja.

    Boxing Day menjadikan bola sepak sebagai hiburan yang meyenangkan hati orang ramai. Kelas pekerja di Inggeris pun boleh menyaksikan kelab kesayangannya beraksi dalam suasana Krismas.

    What do you think?

    14 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 100.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *