jose
in

“Pogba Baru Bersemangat Selepas Diletakkan di Bangku Simpanan.” – Jose Mourinho




  • JOSE Mourinho telah bercakap tentang reaksi Paul Pogba apabila digugurkan dalam kesebelasan utama ketika Manchester United menang ke atas Huddersfield Town pada Sabtu lalu.

    Aksi pemain tengah Perancis itu dikritik hebat oleh Mourinho ketika United kalah 0-2 kepada Tottenham Hotspur Rabu lalu dan ditukarkan selepas minit 63 perlawanan.

    Pogba kemudiannya dinamakan sebagai pemain gantian dalam perlawanan diantara United dan Huddersfield tetapi dibawa masuk pada babak kedua apabila pasukan Mourinho mencatatkan kemenangan 2-0 hasil jaringan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.]

    BACA JUGA ( NEYMAR PENYEBAB SISTEM BOLA SEPAK HANCUR DAN MUSNAH )

    Ketika ditanya bagaimana reaksi Pogba diletakkan sebagai pemain ganti, Mourinho menjawab: “Reaksi yang anda telah lihat, masuk ke padang dengan keinginan besar untuk bermain”.

    “Sejujurnya, pada separuh masa kedua dia sudah bersedia, kerana saya boleh menganalisis bahasa badan, menunjukkan bahawa dia sudah bersedia” .

    “Sedia dengan fisio, dia sudah mula memanaskan badan, jadi saya fikir dia menunjukkan reaksinya dengan cara yang sangat profesional.” -metroUK

    What do you think?

    9 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *