Neymar Penyebab Sistem Bola Sepak Rosak dan Hancur
in

Neymar Penyebab Sistem Bola Sepak Rosak dan Hancur

Tiada kerjasama satu sama lain memang semuanya akan susah




  • Neymar Penyebab Sistem Bola Sepak Rosak dan Hancur

    Wakil Presiden Barcelona, Jordi Mestre, menganggap Neymar bertanggungjawab terhadap perubahan harga perpindahan naik melonjak akhir-akhir ini.

    Pasukan gergasi itu melepaskan Neymar ke Paris Saint-Germain dengan harga 222 juta euro. Mahal gila. Perpindahan tersebut menjadikan Neymar sebagai pemain termahal di dunia saat ini.

    Menurut Mestre, harga yang diletakkan ke atas Neymar merupakan itu adalah hasil titik peluh pemain sendiri yang menjadikannya bernilai sebegitu. Dan dalam dunia bola sepak, pemain datang dan pergi itu adalah sangat biasa.

    “Jika Neymar datang kepada saya dan beritahu bahawa dia ingin pergi, maka kami akan mulakan ‘negotiation’ untuk mencapai kata sepakat dengan pasukan lain,” kata Mestre di BBC.

    Hakikatnya, Neymar ternyata tidak pernah mengatakan hasratnya itu dan membuat plan sendiri untuk keluar dari kelab ini. Mestre juga berkata bahawa Neymar telah melakukan perkara yang melanggar protokol sistem Barcelona sendiri.

    (Baca Juga: Neymar Ingin CR7 Dijual Jika Madrid Mahu Membelinya)

    “Neymar tak berkata apapun kepada kami sebelum pindah,” ujar Mestre lagi.

    “Jika dia datang dan bagitahu kepada kami, PSG akan membeli beliau dengan harga yang jauh lebih murah dan kami pun tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli pemain “.

    Perpindahan bintang Brazil ini memang mengubah habis bursa perpindahan dalam kelab Barcelona. Pasukan itu harus mengeluarkan 160 juta Euro untuk dapatkan Philippe Coutinho dari Liverpool dan 120 juta Euro demi Ousmane Dembele di Borussia Dortmund.

    Mestre juga yakin bahawa kelab ini tidak akan mempunyai banyak masalah jika Neymar bekerjasama dalam hal ini.

    “Kami akan berjaya jimat banyak angka dan juga mengelak kritikan dari orang ramai” . – kata Mestre.

    Korang rasa-rasa, siapakah yang mampu memotong rekod ini? Adakah ini adalah yang tertinggi? Berikan pendapat korang di bahagian komen .

    What do you think?

    11 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 4

    Upvotes: 3

    Upvotes percentage: 75.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 25.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *