legenda mo salah
in

Mo Salah : Legenda Liverpool Dalam Pembikinan?

Mo Salah menikmati musim debut cemerlang bersama skuad kendalian Jurgen Klopp, tetapi mampukah Salah berdiri sebaris legenda The Kop?




  • Mo Salah : Legenda Liverpool Dalam Pembikinan?

    Musim panas 2017/2018 menyaksikan perpindahan bintang serangan ini dari kota Roma ke Liverpool. Hadir dengan jangkaan tinggi para peminat Liverpool setelah memecah rekod perpindahan kelab, Mo Salah boleh diangkat sebagai pembelian musim panas terbaik.

    Beraksi di posisi sayap kanan, kelincahan pemain itu mengucar-kacirkan pertahanan lawan merupakan aset pasukan. Salah menjadi kunci kepada ‘counter-attacking football’ Liverpool pada musim ini. Larian deras beliau bersama Sadio Mane seringkali menghasilkan gol dari serangan balas pantas.

    Mohamed Salah Counterattack

    Mohamed Salah Counterattack vs Ars & WestH

    Mesin Gol Liverpool

    Tidak mengambil masa lama, Salah mencetak gol demi gol untuk pasukan baharunya itu. Beraksi di posisi sayap kanan, Salah setakat ini telah berjaya menjaringkan 21 gol Liga Perdana Inggeris dalam 25 penampilan.

    Bekas pemain Basel itu mencipta rekod jaringan kelab menewaskan legenda-legenda The Kop. Fernando Torres dan Daniel Sturridge kini terikat di tangga kedua setelah berjaya meledak 20 gol liga dalam 27 perlawanan.

    Impak Salah nyata mengejutkan banyak pihak setelah gagal beraksi baik sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke kancah bola sepak Inggeris mewakili Chelsea.

    Mo Salah Pemain Terbaik Musim Ini?

    Pemain yang dianugerahkan African Player Of The Year 2017 itu mengharungi musim debut cemerlang setakat ini. Aksi beliau di atas padang membawa teruja dalam kalangan peminat. Jika Mo Salah kekalkan momentum di atas padang, beliau akan menjadi legenda pemain kesayangan kelab Merseyside itu dalam sedikit masa lagi.

    “Saya telah menyokong kelab ini sejak saya masih muda dan tahu ini adalah pasukan yang saya mahu beraksi.” “Saya tahu sejarah kelab ini dan, sebaik sahaja saya mendapat peluang, saya terpaksa membuatnya.”- Mo Salah

    OptaJoe on Twitter

    25 – Mohamed Salah has netted 20 goals in just 25 games in the Premier League; the fewest appearances of any Liverpool player to reach 20 goals in the competition. Lightning.

     

    What do you think?

    8 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%