in

Los Blancos Ujian Sebenar Neymar & Co




  • Los Blancos Ujian Sebenar Neymar & Co

    Jentera serangan Paris Saint-Germain telah menjaringkan lebih 100 gol dalam semua pertandingan musim ini. Trio serangan Neymar Jr, Edinson Cavani, dan Kylian Mbappe mempamer aksi bertenaga setiap minggu.

    Rekod jaringan cemerlang mereka musim ini ditampilkan dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). 25 gol dalam 6 perlawanan mengangkat pasukan pilihan ini sebagai salah sebuah pasukan pilihan juara musim ini.

    Los Blancos Ujian Sebenar Neymar & Co
    Trio serangan berbisa PSG bakal uji barisan pertahanan Los Blancos

    Bertemu Bayern Munich di peringkat kumpulan, PSG menang 3-0 pada perlawanan pusingan pertama di Parc des Princes hasil jaringan Cavani,Neymar, dan Dani Alves. Namun, Bayern berjaya menumbangkan kelab gergasi Perancis itu di Jerman.

    BACA JUGA : VIDEO CRISTIANO RONALDO TUTUP MULUT PENGKRITIK

    Diundi bertemu Real Madrid pada pusingan 16 UCL, PSG berdepan tugas getir. Skuad kendalian legenda Perancis, Zinedine Zidane itu akan menjadi penghalang pertama impian PSG. Andai mereka berjaya melepasi pasukan juara bertahan itu, kelab milik hartawan dari Qatar tersebut harus dipandang serius.

    Real Madrid mempamer aksi yo-yo pada musim ini dan sedang jauh ketinggalan dari Barcelona dalam liga. Tanpa tandatangan pemain bintang pada jendela perpindahan musim panas, Los Blancos dilihat goyah.

    Los Blancos Ujian Sebenar Neymar & Co
    Cristiano penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah

    Aksi kurang konsisten Benzema dan juga Cristiano Ronaldo dilihat sebagai peluang PSG. Pengalaman Unai Emery mengendalikan Sevilla dalam Liga Sepanyol pasti akan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin.

    Pertembungan gergasi yang paling ditunggu-tunggu. Agak-agak Cristiano Ronaldo atau Neymar yang akan tersenyum lebar selepas tamat perlawanan timbal balik itu nanti? Kongsikan bersama kami di  bola tribe

    Los Blancos Ujian Sebenar Neymar & Co
    Barisan kesebelasan kemungkinan PSG

    Los Blancos Ujian Sebenar Neymar & Co
    Barisan kesebelasan kemungkinan Real Madrid

    What do you think?

    4 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%