in , ,

Lensa Pra-Musim : Mampukah Takhta JDT Dirampas?

Juara Liga Super 2018, JDT sekali lagi dilihat sebagai pilihan utama untuk menjulang kejuaraan musim ini.




  • Musim 2017 berakhir penuh gemilang buat pasukan dari selatan tanah air ini. Merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-4 berturut-turut untuk JDT bukan tugas mudah.

    Meskipun sedikit tercicir sewaktu pusingan pertama Liga Super, mereka bangkit pada pusingan kedua. JDT nyata sukar digugat setakat ini dalam kancah liga bola sepak tanah air.

    Kemasukan pemain naturalisasi Natxo Insa pada pertengahan musim nyata merubah prestasi JDT. Beraksi di posisi tengah, bekas pemain Levante itu bakal membentuk gandingan ampuh bersama Safiq Rahim dan Hariss Harun untuk musim akan datang.

    Ketenangan mengawal jentera tengah serta kemampuan meledak dari jarak jauh nyata satu nilai tambah buat pemain ini. Natxo membuktikan betapa beliau berada dalam kelas berbeza. Pada musim 2018, beliau sekali lagi akan menjadi ayam tambatan skuad Harimau Selatan.

    Senarai Penuh Pemain JDT Musim 2018

    Persiapan JDT 2018

    Peminat JDT pastinya ternanti-nanti aksi gandingan penyerang kesayangan mereka. Sejak pengumuman rasmi kelab akan kedatangan semula Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa, ramai penyokong teruja.

    Figueroa bakal kembali dari persaraan dan mengepalai barisan serangan berbisa bersama rakan senegaranya itu. Kehadiran dua penyerang tersebut dijangka akan menyaksikan JDT berpesta gol pada musim akan datang. Jaga-jaga pertahanan lawan!

    Selain bakal dibarisi 2 pemain legenda kelab tersebut, JDT bakal diperkuatkan dengan kehadiran Marcos Antonio dan Harris Harun. Marcos yang terlepas sebahagian besar perlawanan musim lepas kerana kecederaan masih lagi diangkat sebagai benteng pertahanan terbaik Liga Super.

    Harris pula bakal kembali beraksi bersama juara Liga Super 4 kali itu selepas berkelana musim lalu. Beliau yang sepatutnya dipinjamkan ke kelab Sepanyol pada musim lepas tidak dapat berbuat demikian dek kerana masalah kewangan kelab Eropah itu.

    Menjelang sepak mula Liga Super 2018, JDT bertindak mengukuhkan ‘squad depth‘ pasukan. Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Adib Zainuddin, dan La’Vere Corbin Ong antara nama baru dalam skuad ini.

    Adam, Syamer, dan Adib merupakan pemain tonggak dari skuad Bawah-23 tahun negara yang menyinar di Sukan Sea 2017. Manakala Corbin Ong pula bakal menjadi ‘senjata baru’ skuad kendalian Ulisses Moraes ini.

    Pengalaman pemain naturalisasi ini beraksi di Eropah pasti dimanfaatkan oleh pasukan. Beraksi di bahagian pertahanan kiri, kita akan saksikan larian turun naik pemain berusia 27 tahun ini.

    JDT tidak dapat dinafikan merupakan calon pilihan untuk merangkul gelaran Liga Super saban tahun. Dengan program pembangunan serta infrastruktur ‘state-of-the-art‘, nyata pasukan ini sukar digugat. Akan tetapi bola itu bulat.

    Andai kelab Harimau Selatan ini gagal kekal fokus sepanjang musim, takhta mereka mungkin berpindah arah menjelang hujung musim 2018. Sama-sama kita nantikan sepak mula Liga Super 2018 penuh debar!

    What do you think?

    15 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *