in , ,

Lensa Pra-Musim : 2018 Tahun Kebangkitan Kelantan?

Pasukan dari pantai timur ini sering dihimpit kontroversi. Meskipun pernah menjadi ‘team to beat’ dalam saingan liga Malaysia, kini aura pasukan ini kian hilang. Ikuti sorotan Bola Tribe mengenai persiapan pasukan ini bagi menghadapi Liga Super Malaysia 2018




  • Kelantan merupakan salah sebuah kuasa besar bola sepak tanah air. Sering saja mereka tampil dalam aksi final Piala Malaysia atau Piala FA. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan, prestasi mereka jatuh merudum. Pelbagai masalah dalaman timbul dan paling menyedihkan, gaji pemain gagal dibayar berbulan-bulan. Tak cukup dengan itu, campur tangan politik tambah merumitkan keadaan. ‘Big Boss’ mereka, Tan Sri Anuar Musa dilihat semakin lama semakin gagal mengawal kocek kelab.

    Menjelang sepak mula Piala Malaysia 2017 yang lalu, pentadbiran bola sepak Kelantan bertukar tangan. Puan Bibi Ramjani Ilias Khan dilantik sebagai Presiden Wanita Pertama Kelantan Football Association(KAFA). Sejak itu, perubahan sedikit demi sedikit cuba beliau lakukan. Tidak sampai beberapa bulan berkhidmat, masalah gaji tertunggak berjaya diselesaikan. Beliau juga berjaya menarik lebih banyak syarikat bagi menaja skuad dari pantai timur itu.

     

    Senarai Penuh Pemain TRW 2018

    Persiapan Kelantan 2018

    Kelantan hanya mengekalkan beberapa pemain senior menjelang musim 2018. Antara yang kekal ialah Badhri ‘Kapten Marvel’ Radzi, Norfarhan Muhammad, Khairul Fahmi Che Mat, dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim. Pihak pengurusan bertindak memberi ruang kepada pemain muda Kelantan untuk mengharungi kempen musim ini. 5 pemain daripada skuad Piala Presiden Kelantan diangkat ke skuad senior antaranya Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Danial Asyraf Abdullah.

    Selain itu, ramai muka baru yang akan beraksi dengan skuad di bawah kendalian jurulatih dari Thailand, Sathit Bensoh ini. S. Veenod antara nama besar yang berjaya ditandatangani untuk musim 2018. Digelar ‘Pogba Malaysia’ , khidmat pemain box-to-box ini pasti ditagih skuad kijang ini bagi mengukuhkan jentera tengah pasukan. Selain itu, bekas penyerang JDT II, Shafiq Shaharudin antara muka baru yang bakal memperkuat barisan The Red Warriors.

    Pada musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah membuat perubahan dengan membenarkan tambahan kuota pemain import asia tenggara. Kelantan bertindak menyambar pemain antarabangsa Indonesia, Ferdinand Sinaga. Selain itu, pasukan yang kali terakhir menjulang Piala Liga Super tersebut pada musim 2012 bakal diperkuatkan dengan kehadiran 4 lagi awang import yang lain. Mereka termasuk Morgaro Gomis yang dikekalkan dari skuad tahun lalu, Do Dong Hyun bekas penyerang utama PKNP FC, Pertahanan tinggi lampai Cassio de Jesus serta Bruno Lopes.

    Setelah terlibat dengan pelbagai kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, musim 2018 pastinya menjadi harapan untuk para peminat pasukan ini. Mampukah ngauman ‘Gomo Klate Gomo’ yang suatu ketika dahulu menjadi igauan buat pasukan pelawat di Stadium Sultan Muhammad IV ‘berhantu’ lagi musim ini? Sepak mula Liga Super 3 Februari ini bakal menentukannya.

    What do you think?

    15 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *