Laporan Perlawanan Liverpool Menentang Everton
in ,

Laporan Perlawanan Liverpool Menentang Everton




  • Laporan Perlawanan Liverpool Menentang Everton

    Liverpool vs EvertonLaporan keputusan perlawanan Liverpool menentang Everton, perlawanan paling menarik bagi pusingan ketiga  Piala FA, berlangsung awal Sabtu pagi di Stadium Anfield, berakhir dengan keputusan 2-1.

    Babak pertama perlawanan berlangsung hampir ke penghujung, namun kedua-dua pasukan masih belum mampu memecahkan kebuntuan gol. Perlawanan nampak sengit dan sama kuat, dengan Liverpool mendominasi penguasaan bola sebanyak, 63% setakat ini. Dan mash belum ada sebarang cubaan tepat ke arah gawang gol . Hanya 4 cubaan tidak tepat oleh The Reds, satu oleh The Toffees.

    Perlawanan Ini merupakan pertemuan derby yang ke-24 kali antara Liverpool dan Everton di dalam Piala FA, mengatasi pertemuan pasukan-pasukan lain, menunjukkan betapa sengitnya permusuhan dan persaingan antara dua kebab dari bandar yang sama ini.

    Baru sahaja menjelang minit ketujuh, seteru utama Liverpool sejak dari Manchester United, kapten Everton Wayne Rooney  menerima layangan kad kuning. Rooney telah melakukan terjahan keras ke atas Joe Gomez. Pada minit ke 14 Sadio Mane yang baru saja pulang dari Anugerah Pemain Terbaik Afrika (tempat kedua) melepaskan tendangan dari jarak jauh. Mengejutkan keeper Everton, tetapi bola melayang melintasi palang gol.

    Pada minit ke-26 kapten Liverpool James Milner mendapat peluang baik. Milner menerima umpanan dari atas dan melepaskan sepakan ke arah gol pada cubaan pertama namun hampir-hampir membuka tirai gol.

    PENALTI!! Mason Holgate menjatuhkan Roberto Firmino secara kasar. Sepatutnya dilayangkan kad merah, pengadil Robert Madley menganugerahkan penalti pada tuan rumah, yang akan diambil  oleh kapten James Milner.GOL! Milner mennyepak bola ke kiri manakala keeper Jordan Pickford telah menjatuhkan tubuhnya ke Sarah kanan. Keputusan 1-0.

    Minit ke-41 bek termahal dunia Virgil Van Dijk membuat cubaan dari luar kotak penalti tetapi diblok pemain lawan. Usahanya untuk membuktikan tag harga beliau masih belum berhasil. Tidak lama kemudian babak pertama perlawanan tamat.
    Babak kedua perlawanan diawali dengan dua percubaan dari The Reds. Minit ke-54 Joe Gomez melompat dan menanduk bola hasil dari sepakan penjuru. Sayang sekali bola hanya beberapa cm sahaja melintasi gawang gol . Minit-59 Andrew Robertson melepaskan tendangan padu 6 meter dari kotak penalti, tetapi Jordan Pickford berjaya menghampakan beliau.

    Pada minit ke-67, Gylfi Sigurdsson menerima bola yang telah di set dan melorong bola tenang ke sueur gol. Penyamaan 1-1, satu lagi alasan untuk Jurgen Klopp untuk mengamuk di dalam bilik persalinan.

    Gol itu serangan counter Everton. Bola yang dihantar ke arah kiri diumpankan ke kanan dan sambut dengan satu set oleh Phil Jagielka kepada Sigurdsson dan gol, terpancar wajah kekecewaan pada riak muka pemain The Reds.

    GOL! Virgil Van Dijk, bek termahal dunia  itu akhirnya menjaringkan gol penyelamat The Reds pada minit ke-84. VVD (panggilan manja) menanduk bola hasil sepakan sudut, menerjahkan bola ke arah kiri gol dan masuk! 2-1!

    Setelah tamat 4 minit masa tambahan, Robert Madley akhirnya meniupkan wisel.Keputusan Liverpool vs Everton tamat dengan keputusan 2-1.
    Barisan pemain Liverpool vs Everton:

    Liverpool (4-2-3-1): Karius, Gomez, Matip, van Dijk, Robertson, Can, Milner, Mane, Lallana, Oxlade-Chamberlain, Firmino. Cadangan: Wijnaldum, Lovren, Klavan, Ings, Solanke, Ward, Alexander-Arnold. 

    Everton (4-3-3): Pickford, Kenny, Holgate, Jagielka, Martina, McCarthy, Schneiderlin, Rooney, Bolasie, Calvert-Lewin, Sigurdsson. Cadangan: Williams, Niasse, Davies, Vlasic, Lookman, Robles, Baningime.

    No Title

    No Description

    https://twitter.com/LeCoqueliin/status/949391189186359296

    Le Coq on Twitter
    What a superb finish by Sigurdsson 👏 #LIVEVE https://t.co/KKXb2xrVpq

    What do you think?

    13 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 2

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *