Harry Kane Akhiri 7 Tahun Dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo
in ,

Harry Kane Akhiri 7 Tahun Dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo




  • Harry Kane Akhiri 7 Tahun Dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo

    Tiga gol Harry Kane di perlawanan pembukaan Boxing Day menentang Southampton menjadikan jumlah gol penyerang itu sepanjang 2017 menjadi 56 gol dari 50 perlawanan bagi Tottenham Hotspurs.

    Jumlah fantastik ini akhirnya mematahkan tujuh tahun dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di kancah bola sepak Eropah.

    Ronaldo dan Messi bersilih ganti menjadi raja gol Eropah selama tujuh tahun ini.

    Dominasi ini dimulai oleh Lionel Messi yang mengumpul 60 gol pada tahun 2010.

    Setahun selepasnya, Cristiano Ronaldo pula yang menjadi penjaring terbanyak.

    Lionel Messi kemudian berganti menjadi raja gol Eropah pada tahun 2012. Ini adalah rekod dan sejarah yang manusia biasa tidak akan mampu melakukannya , 91 gol jumlah gol yang dijaringkan Messi.

    Cristiano Ronaldo memegang rekod selama tiga tahun berturut-turut sebagai top scorer dengan 69 gol, 61 gol, dan 57 gol antara 2013 dan 2015.

    Dan pada musim lalu, Lionel Messi kembali mengunggul dengan 59 gol.

    What do you think?

    11 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 4

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 4

    Downvotes percentage: 100.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *