Can Diburu Kelab Elit Eropah, Adakah Liverpool Hanya Berdiam Diri?
in

Can Diburu Kelab Elit Eropah, Adakah Liverpool Hanya Berdiam Diri?

Kontrak bintang tengah Liverpool ini akan tamat musim panas ini. Ke mana destinasi Can seterusnya?




  • Can Diburu Kelab Elit Eropah, Adakah Liverpool Hanya Berdiam Diri?

    Masa depan Emre Can di Liverpool tampak semakin pudar. Seperti Phil Coutinho, beliau dilihat bakal ‘angkat kaki’ dari Liverpool . Adakah Can akan berpindah menjelang hujung musim ini?

    Federico Pastorello, agen bola sepak terkenal Itali mendakwa Can sudah bersetuju dengan terma untuk menyertai gergasi bola sepak Itali, Juventus.

    “Can akan menjadi tandatangan yang hebat, lebih-lebih lagi beliau akan datang secara percuma. Marotta dan Paratici telah melakukan kerja yang hebat”-Pastrello

    Ketika ditemubual bulan lalu, Can menafikan ada berhubung dengan juara Itali itu. Menurut beliau lagi, “Saya masih mempunyai kontrak di sini. Ia adalah kelab yang menakjubkan. Apa yang boleh saya katakan? Ejen saya yang melakukak selebihnya. Saya hanya menumpukan perhatian pada padang, mengenai persembahan saya dan bola sepak. Saya akan memberikan segala-galanya untuk pasukan ini. ”

    Juventus, Bayern Munich, Borussia Dortmund dan dua kelab Manchester dilapor antara yang berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain berusia 24 tahun ini.

    BACA JUGA : MO SALAH LEGENDA LIVERPOOL DALAM PEMBIKINAN?

    Pemain kelahiran Frankfurt, Jerman itu dilihat sebagai kanvas kosong yang ideal untuk bos Reds, Jürgen Klopp untuk membentuk bintang masa depan, seperti yang dilakukannya dengan Nuri Şahin dan İlkay Gündoğan.

    Can Diburu Kelab Elit Eropah, Adakah Liverpool Hanya Berdiam Diri?

    Liverpool berbelanja sebanyak £10 juta untuk mendapatkan tandatangan bekas pemain Bayer Leverkusen ini pada jendela perpindahan musim panas 2014. Pemain ini dilihat sebagai solusi jangka panjang jentera tengah Liverpool.

    Meskipun masih gagal mempamerkan aksi konsisten, hanya masa sahaja yang diperlukan sebelum beliau mempamer aksi memukau tiap minggu.

    Liverpool cuba untuk menandatangani Can dengan kontrak jangka panjang, namun persetujuan gagal dicapai. Pemain tengah Jerman itu dikhabarkan meminta penambahan gaji. Laporan juga menyebut, dia mahukan jaminan kesebelasan utama dan klausa perlepasan ditambah ke dalam kontrak.

    Pasukan manakah yang akan diwakili Can musim akan datang?

    What do you think?

    6 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *