5 'Key Battles' Penentu Keputusan Perlawanan
in

Barca Atau The Blues? Ini 5 ‘Key Battles’ Penentu Keputusan Perlawanan

Buku bertemu ruas. Barcelona atau Chelsea yang akan mara ke pusingan seterusnya?




  • Barca Atau The Blues? Ini 5 ‘Key Battles’ Penentu Keputusan Perlawanan

    Satu perlawanan berprofil tinggi dalam pusingan 16 perlawanan menemukan Barcelona dan Chelsea. Kedua-dua ‘musuh’ lama ini sekali lagi akan berentap memburu tiket suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Blues mencatat empat kemenangan sebelum ini, seri lima kali dan kalah tiga kali dalam 12 pertemuan kedua-dua pasukan. Meskipun boleh dikatakan pasukan terbaik dekad ini, Barcelona masih gagal untuk menewaskan Chelsea walaupun sekali dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

    Pertembungan kedua-dua pasukan gergasi ini amat dinanti peminat bola sepak Eropah. Pertembungan taktikal dua jurulatih berwibawa menjadi taruhan!

    BACA JUGA : COUTINHO SARUNG JERSI KERAMAT CATALAN

    Messi buru gol pertama menentang Chelsea

    Messi mempunyai rekod cemerlang menentang kelab Liga Perdana Inggeris dengan 17 gol dari 16 perlawanan. Namun Chelsea merupakan pasukan ‘bogey‘ bagi beliau apabila masih gagal meledak gol dalam 8 perlawanan bertemu kelab dari London itu.

    Pemergian Neymar sewaktu jendela perpindahan musim panas lalu seakan tidak memberi kesan kepada Barca. Barcelona mengharungi musim cemerlang setakat ini dengan kekal tanpa kalah dalam kejuaraan liga.

    Boleh dikatakan perlawanan terbaik pusingan 16 UCL musim ini, kami di bola tribe menganalisa 5 ‘key battle’ pertemuan gergasi ini

    #1 Eden Hazard VS Gerard Pique

    Salah satu pertahanan terbaik di dunia vs salah satu penyerang terbaik di dunia. Pique memerlukan aksi terbaik untuk menghentikan 'magician' Belgium ini. Dengan Conte menggunakan Hazard sebagai penyerang kedua bersama dengan Morata akan ada banyak situasi 'one-n-one' dan pemenang pertarungan dua pemain ini mungkin bakal menentukan keputusan pertandingan.

    Pique juga perlu berhati-hati sebelum melakukan bentesan. Hazard terkenal dengan skill gelecekan beliau yang mengelirukan sekali gus akan memaksa Pique melakukan banyak foul. Chelsea mempunyai banyak pakar bola mati untuk menghukum kelab gergasi Catalan itu.

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #2 Gary Cahill & Cesar Azpilicueta VS Lionel Messi

    Leo Messi mempunyai rekod cemerlang menentang pasukan Inggeris dalam Liga Juara-Juara, dengan 17 gol dalam 16 perlawanan. Tetapi pemain kecil Argentina itu tidak pernah berjaya mencetak gol dalam lapan perlawanan bertemu Chelsea termasuk terlepas penalti pada 2012.

    Walau bagaimanapun, ketika semua ini terjadi, Chelsea mempunyai empat benteng pertahanan keras iaitu Branislav Ivanovic, JohnTerry, Gary Cahill dan Ashley Cole dan sekarang pemain yang tinggal di 'back four' mereka ialah Cahill. Dengan formasi 3-4-3 / 3-4-1-2 yang digunakan Conte, mereka hanya mempunyai tiga pemain di belakang. Tugas sukar untuk mengekang aksi licik Messi .

    Pemain berpengalaman Azpilicueta dan Cahill perlu bermain sepenuh hati mereka untuk menghentikan pemain terbaik dunia. Messi pasti akan bertekad untuk memecahkan rekodburuknya terhadap pasukan yang setakat ini terbukti menjadi pasukan 'bogey' beliau.

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #3 Sergio Busquets VS Cesc Fabregas

    Pertarungan ini akan menjadi sangat menarik kerana mereka pernah bermain dalam satu pasukan untuk Barcelona dan Sepanyol. Mengetahui permainan satu sama lain  akan membuat 'battle of the midfield' ini menarik untuk dilihat. Fabregas menjana bahagian tengah Chelsea dengan kreativiti beliau. Beroperasi dalam ruang poket dan memanfaatkan larian deras oleh jentera serangan dengan satu 'final pass', Fabregas mencipta peluang jaringan buat pasukannya.

    Cara Busquets menutup ruang tersebut dan mengelakkan Fabregas bebas dengan bola di kaki akan menjadi kunci buat Barcelona. Kejayaan pemain tengah bertahan itu menghalang Fabregas daripada membuat hantaran membunuh akan menentukan jumlah gol Chelsea menembusi gawang Catalan.

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #4 Jordi Alba & Nelson Semedo VS Victor Moses & Marcos Alonso

    Pertempuran antara 'fullback'. Kedua-dua fullback memiliki larian deras, mempunyai kawalan bola yang baik dan memberikan ancaman tambahan ketika menyerang. Tetapi apa yang benar-benar membuat peperangan ini penting ialah sumbangan mereka kepada pasukan.   Kedua-dua fullback sangat penting untuk pasukan mereka kerana 'work rate' mereka dan sumbangan mereka di turun naik padang. Alonso & Moses suka menggelecek ke dalam atau menghantar bola dari bahagian sayap, Semedo dan Alba pula sering membuka ruang di sisi kanan dan kiri padang. Peranan kedua pemain ini sangat diperlukan Barca. Melihat 'fullback' ini menyerang dan bertahan pasti akan menambah rencah perlawanan itu nanti.

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #5 Andres Iniesta VS N’Golo Kante

    Maestro barisan tengah Barcelona akan bertembung dengan N'Golo Kante. Iniesta perlu beraksi dengan baik untuk menwaskan Kante dan membantu jentera serangan Messi & Suarez. Manakala pemain Perancis yang rajin itu juga perlu berada di tahap terbaik kerana telepati antara Iniesta & Messi pasti akan mendedahkan pertahanan Chelsea. Kejayaan Kante melindungi pertahanan akan  menentukan keputusan perlawanan timbal balik itu.

    Semua orang mengingati bagaimana Iniesta sendirian menghantar Barca ke final pada tahun 2009. Kita akan saksikan Iniesta bermaharajalela jika Kante mempunyai hari yang buruk.

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    What do you think?

    4 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *