Aubameyang Menjadi 'Target' Utama Tottenham Hotspurs, Arsenal Bengang
in ,

Aubameyang Menjadi ‘Target’ Utama Tottenham Hotspurs, Arsenal Bengang

Boleh tahan Spurs ni nak rempuh penyerang Arsenal




  • Aubameyang Menjadi ‘Target’ Utama Tottenham Hotspurs, Arsenal Bengang

    Perlawanan besar Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini di antara dua kelab besar dari Kota London, Tottenham Hotspurs dan Arsenal di Stadium Wembley London. Menurut media Hotspurs. Pierre-Emerick Aubameyang, pemain baru The Gunners akan menjadi ‘target’ Tottenham.

     

    Toby Alderweireld selaku pemain pertahanan utama pasukan tuan rumah itu sudah siap bersedia untuk berdepan dengan Aubameyang. Aubameyang kembali memperkuatkan barisan pemain Arsenal setelah dia pulih dari cedera di kelab lamanya.

    Sementara itu, Alderweireld baru sahaja bermain penuh masa selama 90 minit untuk kali pertama sejak 1 November, ketika Tottenham menang 2-0 ke atas Newport County di perlawanan Piala FA  Rabu lepas.

    Ketua jurulatih Arsenal, Arsene Wenger sudah memberi amaran bahawa penyerang berbisa itu akan diturunkan bersama Henrikh Mkhitaryan.

    Mauricio Pochettino sebagai ketua jurulatih Tottenham Hotspurs pula akan meletakkan Alderweireld di posisi bek tengah supaya dia boleh mengawasi penuh pergerakan Aubameyang .

    “Sepertimana yang semua orang tahu, dia (Aubameyang) sangat laju, dan dia juga pemain yang boleh menembusi ramai pemain bek. Auba ada segala-galanya sebagai seorang pemain,” kata Alderweireld. “Sangat sukar untuk menghentikan pergerakan dia, tetapi saya juga sukan untuk deitembuskan,” katanya.

    Ya,perlawanan ini akan menjadi satu ‘show’ yang sangat menarik dalam dunia bola sepak minggu ini. Tetapi persoalannya, siapakan yang akan membawa 3 mata penuh ke rumah masing-masing?

    What do you think?

    7 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *