Alexis Sanchex Mengaku Arsenal Adalah Sebuah Kelab Kecil
in

Alexis Sanchex Mengaku Arsenal Adalah Sebuah Kelab Kecil




  • Alexis Sanchex Mengaku Arsenal Adalah Sebuah Kelab Kecil

    Bekas pemain Arsenal, Alexis Sanchez yang baru sahaja berpindah ke Manchester United, menceritakan segala kisah disebalik keputusannya untuk meninggalkan kelab kota London itu.

    Pemain kelahiran Chile itu ke Old Trafford pada bulan lepas dalam persetujuan sistem pertukaran dengan pemain bintang Manchester United, Henrikh Mkhitaryan.

    Sanchez beraksi dalam debut pertamanya bersama Red Devils dan memperoleh kemenangan yang takkan dilupakan dimana dia berhasil menjaringkan gol sulungnya ketika menentang Huddersfield.

     

    BACA JUGA ( MESSI DAH TAKDE MASA? APA MAKSUDNYA? )

    Bila disoal Sky Sports mengenai punca perpindahannya ke Manchester United, pemain berusia 29 tahun itu mengatakan bahawa dia perlukan cabaran baru di kelab baru.

    “Saya tahu Manchester United adalah sebuah kelab yang sangat besar sejak saya masih muda lagi dan saya bukan mengatakan ini kerana saya di sini, saya jujur dan tidak pernah berbohong. ”

    “Saya datang ke sini untuk menjulang kejuaraan sebanyak yang mungkin. Saya meninggalkan Arsenal kerana saya ingin melebarkan sayap di dalam dunia bola sepak. ”

    “Manchester United adalah salah satu kelab besar di dunia, saya datang ke sini untuk julang trofi, jika tidak, saya tidak akan datang ke sini.”

    Manchester United kini berada di posisi kedua keddudukan Liga Perdana Inggeris, sebanyak 13 mata di bawah rivalnya, Manchester City.

    What do you think?

    4 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 2

    Downvotes percentage: 100.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *