in

7 Sebab Mengapa Perpindahan Alexis Pembelian ‘Bijak’ United

Perpindahan menggemparkan Alexis Sanchez mendapat reaksi yang pelbagai dari peminat dan pemerhati bola sepak antarabangsa. Meskipun dilabel antara pemain utama The Gunners, perpindahan Alexis bagai sudah dapat dijangka. Ikuti ulasan Bola Tribe tentang kenapa Alexis wajar diangkat sebagai perpindahan terbaik United sejak era Ferguson.




  • Alexis Alejandro Sanchez melengkapkan perpindahan idaman ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Pemain kelahiran Tocopilla, Chile itu bakal menerima gaji termahal di England .Harapan tinggi para peminat Red Devils untuk melihat pemain bintang tersebut beraksi dalam jersi merah keramat mungkin termakbul seawal perlawanan pusingan ke-4 Piala FA menentang Yeovil Town.

    Saga perpindahan bekas pemain Barcelona ini bermula pada musim panas lalu apabila Manchester City mengetuk pintu bertanyakan kemungkinan menandatangani beliau. Peluang beraksi bersama bekas jurulatih di Barcelona juga antara faktor yang membuatkan pemerhati bola sepak seluruh dunia menjangkakan beliau akan menyertai The Citizens. Namun permintaan gaji luar biasanya tak dapat ditunaikan oleh kelab Manchester biru itu.

    Bintang yang mula mencuri perhatian ketika Piala Dunia 2010 itu terkenal dengan larian deras dan stamina tinggi dalam membantu pasukannya.Dengan menandatangani Alexis Sanchez, United telah mendapatkan salah seorang pemain bola sepak bertaraf superstar. Mampukah beliau menepati jangkaan? Hanya masa yang akan menentukan.

    Selepas kempen Piala Dunia yang cemerlang, United pernah berusaha untuk menandatangani pemain ini dari kelab beliau ketika itu, Udinese. Namun begitu Alexis kemudiannya memilih untuk beraksi dengan kelab gergasi Catalan. Beliau membentuk trio berbisa bersama David Villa dan Lionel Messi serta memenangi pelbagai kejuaraan sepanjang berada di kelab tersebut.

    Dengan kehadiran bintang muda, Neymar ke kem Barcelona, tempat Alexis dalam kesebelasan utama mula berkurang. Beliau kemudiannya berpindah ke Utara London dan menyarung jersi The Gunners. Yuran perpindahan sebanyak 30 juta £ nyata pembelian berbaloi buat Arsenal. Sejak itu, Alexis telah menghantui para pertahanan Liga Perdana Inggeris.

    Bakal menyarung jersi nombor 7 keramat di United sebaris lagenda kelab seperti George Best, Eric ‘King’ Cantona, dan Cristiano Ronaldo. Satu tanggungjawab besar yang pastinya ditunggu-tunggu oleh para peminat kelab terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris itu. Sebelum Alexis, dua nama besar sempat menyarung jersi nombor 7. Namun, kedua-dua Angel Di Maria dan Memphis Depay gagal menonjolkan kecemerlangan yang diharapkan.

    Di sini, kami bawa anda menikmati kerjaya penuh gemilang Alexis dan 7 sebab kenapa ketibaannya akan membuahkan kegembiraan buat Reds seluruh dunia.

    #1 Tajam Di Hadapan Gol

    Penyerang yang kuat dan gigih ini bukan ini saja menjamin jaringan gol, malah menghasilkan statistik bantuan gol yang mengagumkan. Dan dia melaksanakan kedua-duanya dengan rakus dan berterusan. Pada musim 2016/2017, hanya Harry Kane yang terlibat secara langsung dalam lebih banyak gol (36) berbanding Alexis. Meskipun tidak beraksi sebagai penyerang tengah, beliau menjaringkan 24 gol dan menghasilkan 10 bantuan gol.

    3 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 3

    Upvotes: 3

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #2 Leader Of The Pack

    Meskipun bertubuh kecil, kesungguhan dan permainan tidak mengenal erti penat yang sering ditampilkan membuat kehadiran Alexis sentiasa dirasai. Semangat juang yang tinggi dan kerajinan beliau mencari bola mampu meningkatkan semangat rakan sepasukan dan penyokong yang hadir. High pressing beliau akan menghasilkan kesilapan pertahanan lawan lantas memberi peluang gol kepada pasukan.

    2 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 2

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #3 Mr. Versatile

    United memiliki pemain bahagian serangan yang sangat 'potent'. Namun, versatiliti dan adaptabiliti Alexis bakal menjadi nilai tambah buat Jose. Ketika beraksi di Arsenal dan Barcelona, pemain ini turun beraksi di bahagian sayap kiri dan kanan serta sebagai penyerang tunggal. Dengan kekangan jadual padat serta kecederaan pemain, Alexis mampu mengisi kelompongan di bahagian serangan. 

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #4 Masa Untuk Menyesuaikan Diri

    Walaupun bintang Chile ini pasti sudah bersedia untuk beraksi dengan larian pantas beliau, kenyatannya Liga Perdana Inggeris hanya berbaki 15 perlawanan sahaja lagi. Namun dari sudut pandang berbeza, baki beberapa bulan sebelum tamat musim 2017/2018 ini amat berharga untuk Alexis mengenali rakan sepasukan barunya serta menyesuaikan diri dengan cabaran beraksi mengenakan jersi United. Kesempatan yang tidak ternilai itu menjadi nilai tambah buat Nemanja Vidic dan Patrice Evra, duo pertahanan ikonik United.Mereka menyertai United pada Januari 2006 dan berjaya merangkul gelaran liga pada musim penuh pertama mereka sebagai Red Devil

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #5 Operasi Liga Juara-Juara Eropah

    Efek yang luas pada musim Liga Perdana mungkin tidak dapat dinikmati sehingga 2018/19, tetapi Alexis layak bermain dalam sisa kempen Liga Juara-Juara UEFA. Pemain jetera serangan ini menyertai pengurus berkebolehan, Mourinho, dalam usaha untuk menjadi pengurus ketiga dalam sejarah selepas Bob Paisley dan Carlo Ancelotti untuk menjulang tiga Piala Eropah. Reds seluruh dunia akan berharap penggabungan Alexis-Mourinho yang baru boleh membawa kepada kejayaan keempat di Kiev, Ukraine, Mei akan datang .

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    What do you think?

    15 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *